Friday, October 22, 2010

Semoga kalian berakal cerdik dan berakhlak cantik

   Hari ini adalah hari Jumaat.Bermakna hari ini aku mesti melengkapkan buku rekod mengajarku supaya dapatku hantar untuk semakan.Maka aku pun bertungkus-lumus menulis apa yang patut dan menampal apa yang perlu.

   Semalam waktu mengajarku hanyalah 2 waktu bersamaan dengan 1 jam.Maka aku meminta agar diberikan kelas-kelas relief agar dapat ku buat ulangkaji untuk peperiksaan.Hasilnya aku mendapat tambahan 3 waktu lagi untuk sesi pengajaran.Oleh kerana slip relief diterima semasa perhimpunan aku terus menyimpannya di poket beg tangan.

   Hari ini, slip-slip relief yang diterima mesti ku tampal di buku rekod mengajar.Selesai menampal 3 slip relief kelas p&p, aku pun sibuk mengemas isi beg tanganku. MasyaAlla!Aku benar-benar terlupa!Slip relief yang ku dapat sebenarnya bukan 3 tetapi 4 iaitu slip mengawas pelajar perempuan solat Asar!Biar sesibuk mana pun atau seletih manapun, aku takkan pernah sengaja ponteng mengawas solat kerana aku sedar sedetik kami para guru terleka, pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

   Lalu ku telefon teman setugas yang turut mengawas sama.Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan anak-anak didikku dapat solat dengan sempurna.Bagi orang lain, ia mungkin hal remeh -temeh namun bagiku ia adalah amanah dan tugas yang wajib ku galas.Mudah-mudahan dengan niat ikhlas untuk mendidik, anak-anak didikku bukan saja cerdik tetapi berakhlak cantik.Mudah-mudahan juga aku tak dijangkiti penyakit lupa lagi.Semoga kesilapanku menggalas tugas semalam diampunkan olehNya.






1 comments:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Masa bagi seorang guru sangat berharga dan bernilai kerana bila terleka... mungkin ada musibah yang menimpa. Tahniah cikgu... rasa tanggunjawab kepada pelajar adalah sikap yg murni...

Post a Comment