"Teacher, hari ni anniversary saya"
"Anniversary apa?"
"Anniversary sebulan saya couple dengan Umar"
Tiba-tiba aku rasa semacam.Ye, aku ' an open-minded teacher' tapi pengakuan di atas membuatkan aku rasa sesuatu tidak kena dengan anak-anak didikku atau anak bangsaku.Sepanjang aku menjadi seorang guru, aku tahu ramai anak-anak didikku yang berpacaran namun rasanya baru pertama kali aku jumpa yang benar-benar berani mengaku dengan senyum bangga bahagia.
Aku hargai kepercayaanmu anak didikku.Berkongsi rasa tentang cinta mungkin fenomena biasa buat seorang dewasa.Namun dengan usia setahun jagung, aku rasa kau belum cukup dewasa.Kau kata teman-temanmu berlumba-lumba cuba memikat walau pun masing-masing fikiran masih singkat.Tanpa cinta, hidup umpama burger tiada rasa ( menurut anak didikku)Namun adakah kau sedar dengan cinta terlebih perasa, dirimu yang akan binasa?
Bercinta bagiku tak pernah salah hanya kecetekan fikiranmu membuat kau alah.Bergaduh sedikit, menangis bengkak-bengkak mata mengalahkan isteri kematian suami.Bercinta sekejap dicanang segenap alam.Bergambar berdua, seolah-olah agama tiada.Bercinta mungkin boleh ( meski dilarang dalam islam kerana hukum-hakam bukan muhrim) namun wajiblah kau letakkan batas-batasnya.Apalah nak dibangga berkekasih kacak namun pelajaranmu jatuh buat kau tercampak.
Fenomena cinta buta juga buatku keliru.Si gadis bijak, ranking nombor satu namun berkasih dengan si kacak yang menulis nama sendiri pun membuatku gelak.Apalah yang dipandang selain wajah tampan semata-mata.Anak didikku berbangsa melayu, sibuk bercinta bahasa berbunga-bunga.Anak didikku bukan bumiputera, hangat bercinta dengan buku, ke hulu ke hilir sentiasa berdua.Ah, cintakah yang monyet atau monyetkah yang bercinta?Aku keliru.
Dialog terkini :
"Teacher!Saya couple dengan Fadli pulak!"
"What?"
( Kenyataan berani anak didikku yang membuat aku makin keliru)
"Kok bisa?" ( Monolog pinjam bahasa Indonesia )
1 comments:
hehehe..
cpe la 2..
wat malu kaum je r..
pape pun,memg teacher sporting pn..
rock la!!
haha..,
Post a Comment