Wednesday, October 13, 2010

Dilakri dan pemipit

   Dua perkataan dalam tajuk di atas membuatkan aku semakin dalam dilemma.Between the devil and the deep blue sea kata mat salleh.Ialah mana taknya.Kedua-dua perkataan tu adalah bahasa melayu, bahasa ibundaku namun langsung aku tak tahu.Dari segi makna aku boleh agak-agak sahaja namun aku tetap tertanya-tanya : Teruk sangatkah BM aku ni?

Teman seperjuangan yang baru ke kenal namun seperti telah lama bersama

Sebagai seorang pendidik aku sentiasa dahagakan ilmu.Meski pun aku degree holder, namun aku masih teringin menambah pengetahuan.Aku ingin membuat master dalam bidang yang sama dengan ijazahku iatu TESL atau pengajaran BI sebagai bahasa kedua namun separuh hatiku teramat ingin mendalami bahasa ibundaku sendiri.Keputusan harus ku buat secepat mungkin kerana jika tiada aral melintang setahun atau dua lagi aku ingin menjejakkan kakiku semula di universiti


Menjadi seorang guru bukanlah mudah.Lihat tu!Teman baruku  , letih agaknya

BM atau BI?BM atau BI?BM atau BI?Tolonglah aku mencari jawapannya.Sementara itu aku akan terus menggunakan kedua-dua bahasa kerana aku anak Melayu dan aku juga adalah teacher.

Memikirkan tentang 'dilakri' dan 'pemipit' agaknya
Hi 'dilakri' dan 'pemipit'!Kenapalah aku tidak pernah mengenalimu dulu.

0 comments:

Post a Comment