Saturday, October 9, 2010

Maafkan teacher, 2 Bougainvillea




    Jumaat : 8 Oktober 2010: Aku rasa tak sabar ke sekolah setelah 3 hari bertugas mengawas PMR di sekolah lain.Tentu orang kata aku berbohong jika aku katakan aku rindu pada anak-anak didikku tetapi itulah hakikatnya.Maka jam 12.20 tengah  hari aku telah ada di bilikku yang ku kongsi dengan 3 guru lain.

   Aku tak tau mengapa suasana hari itu sungguh sunyi.Ku jenguk keluar namun tidak ku lihat kelibat anak-anak muridku.Biasanya waktu begini suasana telah mulai riuh.Teman sebilikku pun entah kemana perginya.Kebetulan hari itu aku membawa netbook teman sunyiku ini.Maka aku pun selusuri blog-blog menarik dengan pelbagai isu.1.30 ptg aku masih sendiri.Aku teruskan meneroka ke alam siber.



Wajah manis anak -anak Bougainvilleaku

  Tepat jam 2 petang, teman sebilikku muncul.Lalu ku tanya keberadaannya.Rupa-rupanya aku terlupa bahawa hari itu adalah hari Jumaat dan sesi persekolahan dilewatkan sedikit. Patutlah suasana sunyi dan sepi.Tambahan pula hanya tingkatan 2 yang bersekolah hari itu.Tergelak kecil temanku akan betapa nyanyuknya aku.

Kelas 2 Bougainvillea

   Hari ini aku ada kelas dengan 2 Bougainvillea.Mungkin tak ramai yang hadir kerana 2 Ixora hanya 4 pelajar yang ada.Tepat jam 5.25 petang,aku telah berdiri di luar kelas.Seorang pun tiada di keas dan entah mengapa aku sangkakan semuanya ponteng seperti biasa fenomena di kelas belakang.Tetapi sebaik sahaja aku melangkah masuk ke kelas, dari jauh aku dengar anak-anak didikku berlari-lari anak dan menjerit, "Teacher!"Kemudian seorang demi seorang muncul seperti biasa dengan senyum dan wajah yang tulus.


Gadis manis pemilik suara lembut dan hati nan mulia


   Tiba-tiba aku rasa bersalah kerana membuat andaian mereka ponteng sedangkan ramai yang hadir dan mereka lewat kerana kelas sebelum itu diadakan di perpustakaan.Selesai ku tandakan kehadiran, anak-anak didikku meminta aku mengajar segera. Sekali lagi aku silap kerana menyangka mereka akan meminta untuk membuat kerja sendiri ( lebih tepat lagi bermain atau berbual seperti yang biasa ku lihat di kelas-kelas lain )Lalu ku berikan teka silangkata yang berulang kali kunyatakan pada mereka mungkin tak dapat mereka jawab kerana ia adalah untuk pelajar tingkatan 5.



Si bujang yang terkadang nakal tetapi tetap baik hatinya



   Sekali lagi aku malu sendiri kerana ternyata dengan sedikit sahaja penerangan yng ku berikan mereka berjaya menyelesaikan tugasan.Khusyuk, tunduk mereka mencari 20 perkataan yang ku jangkakan di luar pemahaman mereka.Aku benar-benar senang hati kerana meskipun hanya 30 minit pelajaran hari itu, kesemua mereka berjaya melakukannya.Bila loceng pertukaran kelas berbunyi, aku terpaksa meminta diri walau pun mereka meminta aku terus di situ.Sebagai hadiah atas kesungguhan mereka, ku berikan hadiah seorang seringgit.Meski pun sedikit, ku harap mereka mengerti betapa aku menghargai kesungguhan yang ditunjukkan.Mudah-mudahan suatu waktu nanti anak-anak Bougainvilleaku akan menjadi orang berguna pada negara dan bangsa.Maaf, anak-anakku kerana aku belum kenal kalian sebenar-benarnya.


3 comments:

azhar said...

bertuahnya awk dapat anak murid mcm diorang....

Pavitra Krishnan said...

no teacher,we only must say sorry to teacher because some of us make teacher angry..We love u teacher

aksarafendi said...

ckgu mngajar kt SMKPG1 ye?skola lama sya..

Post a Comment