Thursday, October 14, 2010

Sabun tahan mengantuk yang mengantuk

Sabun Aqura penyelamatku

   Seperti biasa, bangun saja dari tidur aku akan mandi.Seperti biasa juga aku akan melumur buih sabun Aqura ke seluruh wajah. 2 bulan dahulu, aku merana kerana gatal-gatal pada muka yang ku deritai setiap awal pagi.Namun kini, Aqura benar-benar menjadi penyelamatku.Tiada lagi rasa gatal yang tak mampu aku gambarkan dengan mata dan hidung yang berair seolah-olah berjuta-juta kuman sedang menggigit-gigit wajahku.

   Asalnya tujuanku menggunakan Aqura bukanlah untuk menjadi ubat penawar derita.Aku menggunakannnya untuk menahan mataku dari mengantuk kerana kata teman-teman, "Sabun Aqura boleh buat kita tahan mengantuk".Namun kejadian aneh lagi pelik berlaku kepadaku.Sewaktu pertama kali aku melumur Aqura ke wajah, aku terus mengantuk seolah-olah menelan pil tidur.Akibatnya aku tertidur pulas mulai isyak hingga ke subuh.

   Hanya selepas seminggu barulah tidurku kembali seperti biasa.Mata tetap mengantuk tetapi aku memang biasa menjadi burung hantu, tidur pukul 2 atau 1, sama ada mengadap netbookku atau buku.Namun perubahan pada wajah amat menggembirakanku.Wajahku tambah bersih, jauh dari jerawat dan yang paling membuatkan aku sayang pada sabun Aqura ialah alahan pagiku tiada lagi.Tanpa Aqura setiap pagi, 5,6 kali aku bersin ( sesuatu yang amat menyiksakan )

    Kini aku masih lagi menjadi pengguna setia sabun Aqura demi kelangsungan wajah idamanku.Terima kasih Aqura kerana menjadi penyelamatku.Tidak mengapa andainya kau adalah sabun tahan mengantuk yang tetap membuatku mengantuk kerana baktimu menjaga wajah mulusku amat ku perlu.

0 comments:

Post a Comment