"Teacher!Teacher!Saya jumpa!"
"Jumpa apa?"
"Ikan!Banyak sangat!"
Aku musykil.Sekolahku bukan di tepi tasik atau sungai.Mana pula datangnya ikan?Memang sejak akhir-akhir ini hujan selalu turun.Mungkinkah ikan jatuh dari langit seperti yang pernah ku dengar?Jika benar, boleh jadi tajuk utama berita ni.TV3 pun tentu datang buat liputan.Satu Malaysia akan tau, 'SMK** dihujani ikan'
Dengan rasa ingin tahu tahap pertama, anak didikku segera ku ekori. Termengah-mengah dia mempercepatkan langkah menuju lopak di tepi dewan."Ikan apalah agaknya" dalam hatiku berbicara.Beberapa orang pelajar lain juga mula berkerumun sama.Siapa tak ingin tahu penemuan ikan fenomena baru.
" Tu teacher!Ikan tu!"
"*&%^$" Aku tak dapat berkata-kata.
Aku tergelak geli hati. Beberapa orang pelajar senior mula gelak bagai nak rak.Kasihan anak didikku kerana masih terlalu cetek ilmu.Lalu ku rujuk pada seorang guru Sains agar perjelas sejelas-jelas. Anak didikku 'anak gedongan'( pinjam bahasa Indonesia) tak pernah jumpa 'ikan' yang pernah jadi mainan waktu aku kecil dulu.Hingga kini anak didikku, seorang pelajar India tingkatan 1, masih lagi tersenyum malu bila bertembung denganku.Tak apa, bukan salahmu kerana duniamu dan duniaku berbeza namun kau carilah ilmu di buku andai kau tak berpeluang menjadi seorang peneroka sepertiku dulu.
Inilah rupa 'ikan' yang dikatakan Kitaran hidup 'ikan' yang diterangkan |
Aku seekor katak
3 comments:
hohoho.. teringat masa kecik, memang selalu main berudu..
ngeee teringt zaman kecik2 dlu
aku pn igt ini ikan...
xpepasal kena marah bgeee
HAi, tak sangka, sye yang dah 14 tahun ni pun kadang2 x boleh bezakan anak ikan ngan berudu. So, memang malang jadi dak bandar ni...
Post a Comment