Friday, October 8, 2010

Jambu mawar, buah mentega,tetap segar di dalam minda

Inilah rupa buah jambu mawar yang pohonnya pernah tumbuh di belakang rumahku.Baunya harum dan rasanya enak meskipun tidak setanding buah durian.

Ini pula adalah bunga buah mawar sebelum ia menjadi buah

Mentega untuk dibuat kuih tetapi yang ini tak boleh dibuat kuih kerana ia adalah 'buah mentega'

Ini buah mentega juga tetapi jenis berwarna merah

Buah jambo bol yang emmm.....masam-masam manis.kegemaran ibu mengandung.Jambu ini juga ada di masa silamku namun ia masih dapat ku nikmati sesekali kerana ayah ada menanam pohonnya sebuah.

 Buah kemunting yang tak pernah ku temui lagi setelah aku berpindah
     
     
   Sejak aku berpindah ke tempat baru kira-kira 14 tahun yang lalu, aku tidak pernah lagi dapat merasa kelazatan buah-buahan kampung yang pernah jadi kegilaan.Buah paling aku suka adalah buah mentega.Buah berkulit keras bersalut 'baldu' yang berbau harum saat dihidu.Tak kira kuning atau pun merah, kedua-duanya sangat istimewa.Selepas kulit dikupas, terlihatlah isi lembut dengan biji berkilat.Berbiji-biji mampu ku makan kerana harum dan lazatnya tak dapat aku gambarkan.Namun kini ia hanya jadi suatu memori.


   Bunga mawar semua orang suka begitu juga buah jambu mawar (bagi orang yang mengetahuinya)Dulu, terdapat 2 pohon jambu mawar tumbuh di belakang rumahkuAku amat gemar melihatnya sewaktu berbunga.Seolah-olah bunga api dengan percikan indahnya.Apabila bunga gugur, maka tumbuhlah buah yang amat harum dan kelihatan mewah.Manis rasanya takkan pernah ku lupa meski pun bertahun buahnya ku tinggalkan kerana memori tetap terpahat di hati.


   Saat aku kecil, tiada taman permainan untuk aku kunjungi.Yang ada hanyalah halaman rumah dan semak belukar.Maka keraplah aku mengikut kakak meneroka belukar.Nampaknya sukar tetapi itulah adventure buat anak desa waktu itu.Maka sewaktu meneroka itulah kami menemui sepohon rendang dengan buah lebat di dahan.Ku petik sebiji dan ku bawa pulang.Pada emak buah ku tunjukkan.Kata emak itulah buah kemunting.Boleh dimakan tetapi lebih sesuai buat sang burung.Ku cuba merasa sebiji tetapi niat ku batalkan apabila ku dengar suara ayah "Jangan makan buah kemunting nanti jadi bunting!"Apa lagi, dengan segera buah di tangan ku lontarkan.Dan aku dengar ayah tertawa geli hati dan emak pun tertawa sekali.


   Kini yang tinggal hanyalah kenangan.Buah-buahan masih lagi wajib sebagai hidangan namun yang ada hanyalah buah-buahan biasa.Bila agaknya dapat ku nikmati lagi memori indah yang telah pergi?

1 comments:

afj said...

buah kemunting ade kat kampung sabun sblom sampai post aska tu.orang sempat mkn byk2 aritu.tp nex time pegi dah kene kerat pokok tp masih hidup.

buah jambu mawar byk kat tasik pasir gudang

jambu bol bosan

buah mentega dah pupus~ huhu xpenah nampak lg dah

Post a Comment