Monday, October 11, 2010

PMR dan kakak-kakak Kosmo


    

Format baru PMR, UPSR mulai tahun 2016


SYDNEY - Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai tahun 2016, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
Beliau berkata, peperiksaan bagi pelajar tingkatan tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6 akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.
"Pelajar yang telah ada dalam sistem sekarang tidak perlu kita hadapkan dengan ujian baru kerana mereka telah berada dalam sistem ini.
"Tapi kohort yang baru masuk mungkin pada 2011, maka ujian yang pertama ialah pada 2016," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.( 11 Oktober 2010 )- Petikan Kosmo 11 Oktober 2010
    Sebagai seorang pendidik, aku menarik nafas lega apabila diumumkan PMR akan diteruskan sehingga 2015.Hanya pada 2016 sahaja sistem penilaian yang baru akan digunakan.Aku teringat perbualan kakak-kakak ibu pelajar di sebuah sekolah kebangsaan berhampiran rumahku.
   Masing-masing dengan penuh yakin menyatakan bahawa PMR akan dimansuhkan mulai 2011."Anak akak yang beritau.Anak akak kerja kat JPN" Itulah antara dialog yang ku dengar.Kadang-kadang aku pelik kerana kakak-kakak penunggu anak di pondok bas lebih tahu dari aku seorang guru.Aku pula dilabel 'guru malas baca suratkhabar'.Hinggakan hal kewangan sekolah pun jadi bualan.Apatah lagi tentang isu-isu remeh murid dimarah guru dan sebagainya.Cerita seinci jadi sedepa.Anak hanya dimarah dikatakan parah kena belasah.Mujurlah ibu bapa pelajar di sekolahku tidak bersikap begitu meskipun ramai juga yang gajinya beribu-ribu.Kakak-kakak penunggu anak ramai yang berlagak bijak.  


   Sebagai seorang 'yang menurut perintah' aku akur meski pada mula dilaksanakan sedikit sebanyak akan ada masalah.Namun aku yakin penuh sistem pendidikan negara di bawah kerajaan yang ada adalah antara yang terbaik di dunia.Mansuhkanlah, tukarkanlah, aku yakin teman-teman guru seperjuanganku pasti sanggup menggalas tugas.Demi anak bangsa kami menurut perintah.Kepada kakak-kakak Kosmo penunggu anak, teringin benar aku bertanya,"Kak, dah baca suratkhabar hari ni?"

   
   

0 comments:

Post a Comment