Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
dalam hati ini untuk kau isi
sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
untuk kau isi dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang
ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami
kerana kau isteri ku ingin
ku ingin kau mengerti bahwa hidup ini
tak semudah yg kita janjikan
yang kita janjikan
kerana kau isteriku
Kata orang hati perempuan seperti kerak nasi.Mula-mula keras lama-lama lembutlah dia.Maka ramailah perempuan-perempuan yang menangis dalam diam.Hati sedih merintih tiada teman berbicara.Andai masih sendiri kesedihan kurang terasa namun jika telah berdua, sakitnya hati tiada siapa mengetahui.
Itulah antara bait-bait kata yang ku dengar luahan seorang teman.Aku pendengar setia maka meski pun turut merasa pedih, ku nasihati jua. "Sabarlah kerana seburuk-buruk dia, dia tetap suami kita." Itulah nasihat lazimku. Namun kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Andai aku yang hanya berstatus teman terasa betapa pedihnya bila ditinggalkan hanya kerana seorang perempuan, apa tah lagi dia sahabatku yang telah lama tersiksa.
Permata buat isteri hanya dalam mimpi kerana yang ada hanyalah luka disiram cuka.Lelakikah yang zalim atau perempuan yang tak tahu melayan.Bukankah telah kau berikan segala-galanya pada dia, teman, maka andai kau ditinggalkan kerana mengejar cinta anak dara,janganlah dirimu terus kau siksa.Kuatkan hati tetapkan iman kerana jika bunga tidak sekuntum, kumbang pun tidak seekor.
Teruskan langkahmu demi masa depan.Biarlah takdir yang berbicara kerana aku tahu kau benar-benar terluka.Hapuslah airmatamu dan kau ikutlah jejakku.Kita didik anak bangsa agar bangsa kita terbela. Lupakanlah segala kenangan kerana di mata anak didik kita akan kau temui ketenangan.Usahlah terus meratap pilu meruntun kalbu.Aku kan tetap selamanya menjadi teman setia kerana 'permata buat isteri' juga tak pernah ku miliki.
0 comments:
Post a Comment