Lampu pam kenangan masa silamku |
Penyuluh kegelapan malam Inilah rupa seterika arang yang pernah menjadi pembantu rumahku Hari ini, aku bercerita pada anak-anak didikku tentang betapa susahnya zaman persekolahanku.Ku ceritakan tentang dinginnya air telaga yang perlu ku timba di pagi buta sebelum berangkat ke sekolah.Rata-rata anak-anak didikku ada water heater di rumah maka tak mampu mereka bayangkan betapa sejuknya air mandiku dulu, sejuk hingga ke tulang.Lalu ku berikan contoh seperti sejuknya air terjun Kota Tinggi maka "oooo...." kata mereka.(Ah... anak-anak!Betapa mewahnya hidup kalian kini hinggakan mandipun tak pernah kesejukan lagi) Ku ceritakan juga betapa letihya aku menapak ke sekolah.Namun demi ilmu dan masa depan, tetap tubuh aku gagahkan.Anak-anak didikku hanya letih berjalan semasa bershopping sakan.( kata mereka).Subuh-subuh lagi aku mula melangkah pergi.Meski pun aku anak desa, pakaianku tetap berseterika."Guna apa, teacher?" soal anak-anak didikku."Seterika arang!"jawabku selamba."Oooo....yang macam mak saya buat perhiasan tu ke?Macam mana nak guna?" tanya mereka. "Bakar arang hingga merah kemudian masukkanlah dalam seterika tu" itu jawapanku."Ooooo...." Lucu ku lihat reaksi mereka dengan oooo....buat kali ketiga. Apabila malam mula menjelma ku ceritakan betapa seronoknya aku adik-beradik di keliling ayah yang sedang sibuk memasang lampu pam.Spirit mesti disedia.Begitu juga minyak tanah.Tanpa keduanya tak berlampulah kami nampaknya.Aku ceritakan tentang mentol ajaib cap kupu-kupu merah yang dibeli oleh ayah.Mula-mula rupanya seperti kain tetapi selepas digunakan apabila disentuh ia menjadi serbuk.Aku pernah dipiat telinga oleh emak kerana gatal tangan menyentuh mentol di lampu dan alangkah terkejutnya aku apabila ia luruh menjadi debu.Akibatnya sepanjang malam kami tidak berlampu.(Untuk membeli mentol baru bukan murah ditambah lagi kedai yang menjualnya cuma sebuah ) Ku ceritakan juga betapa aku sayang pada beg sekolahku, beg kotak berwarna merah.Dengan beg itu buku-bukuku sentiasa kelihatan baru tanpa kelepet atau renyuk seribu.Di dalamnya ada poket khas kain bergetah tempat ku letakkan alatulisku pemadam, pengasah pensel dan pensel.Ku ceritakan pada anak-anak didikku betapa maksimumnya penggunaan pensel waktu itu hinggakan pensel pendek ku jadikan panjang dengan mencucuknya pada buluh kecil yang ayah tebang.bekas pensel hanyalah kain lebihan buat baju yang emak jahitkan menjadi baru dengan bersulam namaku. "Ringggg !!!!!" "Ala.... dah loceng pulak!Sambung lagi teacher.Tak rehat pun tak pe." Jerit anak-anak didikku." Hissh.... Mana boleh!Nanti pengsan tak makan teacher kena saman!"Balasku pula."Lain kali teacher cerita tentang wayang pacak pulak!" Janjiku pada mereka.Dengan muka kelat kelas mereka tinggalkan dan aku masih lagi tak dapat melupakan kenangan lampu pam dan seterika arangku. |
1 comments:
as salam. bergenang airmata bila baca. tak pernah masuk blog ni. terjumpa bila nak cari gambar lampu gasolin utk tunjuk pd anak2. tq. MAS
Post a Comment