Friday, October 15, 2010

Dia Kekasih Hatiku

    
   Tiba-tiba aku teringin untuk bercerita tentang teman setiaku.Aku mula mengenalinya kira-kira 20 tahun yang lalu.Waktu itu perkenalan kami biasa saja.Tiada langsung rasa cinta apatah lagi untuk setia.Aku masih juga kerap bertukar-tukar pasangan.Namun semuanya mengecewakan.Lalu aku teringat kembali padanya.Dia mula menjadi kekasih hatiku.Sehari tidak bertemu amat siksa ku rasa.

   Kini, setelah sekian lama, dia masih di sisiku.Biar siapa pun yang datang, atau apa pun yang menggoda, dia tetap bertakhta di hati.Tak mungkin akan ku tukar lagi.Kerana dia mahkotaku cantik dan bersinar.Kerana dia aku sentiasa berasa selesa.Kerana dia juga aku tak pernah susah hati.Harapanku, dia akan tetap menjadi peneman setia hingga akhir hayat.


DIA - Shampoo Rejoice kekasih hatiku

1 comments:

Anonymous said...

cinta yg pertama tu jugak ler yg serasi ;) hikhik.. cinta sejati tu (walau kena bayor - utk sebotol rejoice)

Post a Comment