Tuesday, October 5, 2010

Bougainvilleaku, kaulah anak-anak bonda

Wajah tulus seorang anak Bougainvilleaku yang punya potensi besar untuk menjadi insan berjaya di suatu masa.

   Bougainvillea, nama sejenis tumbuhan dengan bunga indah berwarna ungu atau merah.Namun bagiku, Bougainvillea adalah senyuman-senyuman tulus dengan wajah mulus 31 orang anak didikku.Mereka memang bukan pelajar cemerlang maka tidak pernah ku harap kejayaan setinggi langit.Namun ada sesuatu tentang mereka yang bisa mebuat aku menangis kerana suatu perasaan yang amat sukar aku gambarkan.

   Hari ini, seperti biasa aku melangkah ke kelas 2 Bougainvilleaku.Telah ku rancangkan apa yang mesti ku ajarkan.Summary writing, telah berbakul tips aku bekalkan (Hanya doa mengiringi mudah-mudahan sentiasa di ingatan ).Maka hari ini aku mesti kukuhkan pemahaman mereka tentang guided writing.Satu demi satu aku terangkan dengan contoh-contoh walau pun hakikatnya meskipun kipas ligat berpusing, aku berpeluh-peluh.

   Bagi kelas seperti Bougainvillea, aku mesti sentiasa sabar.Bising jangan katalah tetapi bukan bising tidak berisi.Mereka bising seperti bertih goreng dengan pelbagai soalan-soalan penting.Ku uji dengan pelbagai perkataan, alhamdulillah, mereka faham dan boleh memberi pandangan.Berebut-rebut anak-anak didikku yang lelaki menjawap pantas soalan diberi.Terkadang aku tertawa gelihati, tergeliang geliut seperti cacing terkena api kerana berebut-rebut memberi jawapan.


   Masa satu jam dirasakan amat pantas berlari maka 2 Bougainvilleaku meminta aku mengajar sewaktu lagi ( Hai anak-anak!Kalian tak mengerti aku mengajar bagai nak tercabut anak tekak melawan suaramu yang datang bagai ombak.Namun aku gembira kerana kalian terus memberikan perhatian)Dengan niat untuk segera bertukar kelas, langkahku susun tergesa-gesa .Tiba-tiba ......
"Kawan-kawan!Jom kita 'speaking'!Rajin 'speaking' barulah pandai cakap orang putih!" laung seorang anak Bougainvilleaku, seorang pelajar yang asalnya dilabel 'tiada harapan'.


  Langkahku terhenti kerana kata-kata anak Bougainvilleaku bagiku amat bererti.Semangat untuk berusaha dan mencuba jelas terungkap pada kata-katanya.Benar, mereka anak-anak yang 'tiada harapan' ( bagiku tiada harapan untuk mendapat A tetapi tetap berpotensi untuk berdiri sama tinggi andai lulus mendapat B mahupun hanya D )Namun dengan semangat dan kesungguhan bagiku kejayaan pasti dapat digenggam.Andai Helen Keller yang bisu dan buta bisa berjaya, maka tidak mustahil anak-anak Bougainvilleaku melakar sejarah yang sama.


   Tiba-tiba aku rasa sayu dan terharu.Airmata memang ada di tubir mata tetapi mana bisa aku menangis kerana anak-anak Bougainvilleaku di depanku berbaris bergilir-gilir bersalaman dengan wajah manis.Bukan hanya yang Melayu, tetapi yang India dan Iban pun cukup berbudi bahasa dengan ucapan terima kasih yang tak pernah dilupa.Bagiku, merekalah modal insan masa hadapan.Mudah-mudahan mereka jadi anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara kerana walau apa pun bangsa dan pegangan mereka, mereka adalah anak-anakku juga.


   Lantas akupun melangkah deras untuk bertukar kelas.Seminit terlewat, di akhirat kelak aku takkan selamat.


p.s: Dialog anak Bougainvilleaku di atas dituturkan dalam Bahasa Inggeris meski pun tidak sesempurna Helen  
      Keller.

   

2 comments:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Sebagai seorang pendidik... saya turut merasakan betapa bertuah punya anak2 setekun itu

aksarafendi said...

amat bsar tggjwab seorang guru kan?hanya mereka yg btol2 punya kekuatan sahaja yg mmpu bergelar seorang guru

Post a Comment