1.Sakit pinggang
Cara mengatasi :
a)Duduk dalam keadaan postur tubuh yang betul / tidak membongkok
b)Selang-selikan dengan pergerakan yang lain contohnya bangun bancuh milo dll
2.Obes
Cara mengatasi:
a)Blogging , blogging juga.Kenalah jogging jangan asyik jari je yang jogging
b)Elakkan makan semasa blogging terutama makanan yang boleh menyebabkan kegemukan
(Kalau rasa nak makan juga, sediakan hirisan peria.Tentu tak nak makan lepas tu )
3.Menangguh kerja yang penting contohnya homework /assignment diberi
Cara mengatasi:
a)Buat jadual supaya tugasan yang penting dapat didahulukan
4.Penyakit 'mim' ( mim alif lam sin )
Cara mengatasi:
a)Mesti bijak menguruskan masa bila perlu blogging, bila perlu tidur, bila perlu buat perkara lain
5.Menangguhkan solat / solat tak khusyuk
Cara mengatasinya:
a)Perlu sentiasa menginsafi diri
b)Saling mengingati
6.Tidak amanah dalam menjalankan tugas kerana menggunakan masa bekerja untuk blogging terutama kakitangan kerajaan
Cara mengatasi:
a)Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang betapa pentingnya sikap amanah
7.Jatuh cinta kepada teman blogger
Cara mengatasi:
a)Perlu saling mengingatkan bahawa tak semua blogger yang kita jumpa masih belum berpunya
b)Elakkan bermain dengan perasaan
c)Niat mesti jujur
Akhir sekali adalah penyakit yang baru aku temui.Jika sesiapa pernah mengalami masalah yang sama, silalah berkongsi cara mengatasi.
8.Masalah siku menjadi kehitaman ( dek terlalu lama meletakkan siku atas meja semasa blogging )
Tambahan satu lagi penyakit yang dapat dikesan
Kita bakal menjadi seperti .....
... burung hantu.
4 comments:
emmm...betul tu....mmg penyakit betul semua nih....
hahaha.. betol tuh..!!
betul3.. hehe
takpe2.. yang penting tak kena buasir..
Post a Comment