Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 11, 2010

Segmen : TOLONGLAH KAMI!

image
1.Syarat pertama telah pun dilaksana.
2.Tajuk Segmen : TOLONGLAH KAMI!
3.Kenangan tentang merokok di tempat awam :


     Kejadian berlaku kira-kira 8 tahun yang lalu di sebuah restoran yang cukup romantik di pinggir Kuala Lumpur.Waktu itu aku menuntut di UKM.Sedang aku dan teman-temanku asyik menjamu selera, aku tedengar suara orang bertengkar; seorang wanita dan seorang lelaki.

   Oleh kerana kedudukan mereka hampir denganku maka aku dapat mendengar dengan jelas apa yang ditengkarkan.Rupa-rupanya si isteri marahkan suami kerana masih merokok meski pun telah diingatkan berkali-kali. Isteri tersebut marah kerana anak mereka yang masih bayi, mudah sesak nafas akibat rokok.

   Namun si lelaki dengan egonya terus menghembuskan asap rokok ke muka isterinya lalu si isteri merampas rokok di mulut si suami.Berang dengan tindakan si isteri, si suami terus menampar si isteri.Akhirnya mereka bertengkar hebat walau pun puas dipujuk oleh beberapa pengunjung.

   Kemuncaknya adalah si bayi di dokongan isteri semakin sukar bernafas dan akhirnya meninggal dunia.Melihat si anak menjadi kaku barulah si suami meraung-raung menyesal namun nasi sudah menjadi bubur.Semuanya gara-gara rokok perosak manusia.

4.Aku pernah menegur perokok di tempat awam namun dengan sinis dibalas begini,"Bukan duit awak.Ikut suka akulah!"Kejadian berlaku di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, di medan selera belakang Petronas.

5.Rayuan kepada mereka yang merokok di tempat awam adalah :
AMARAN : KANAK-KANAK BAWAH 13 TAHUN HENDAKLAH DIBIMBING OLEH IBU BAPA ATAU ORANG LEBIH DEWASA SUPAYA TIDAK TERSALAH FAHAM RAYUAN IKHLAS DI BAWAH.

  Kongsi-kongsikanlah hikmah merokok dengan kawan-kawan, saudara-mara, isteri dan anak-anak.Sediakan juga rumah akhir buat mereka kerana anda telah menempah tiket mereka ke alam barzah dengan tabiat merokok.Sediakan juga wang yang banyak untuk biaya perubatan mereka kerana kesan akibat merokok bukan berlaku serta-merta dan terus menyebabkan kematian tetapi mengakibatkan mereka merana melawan penyakit sebelum mati.Bergembiralah melihat mereka yang tersayang menderita dan mati perlahan-lahan.Sesungguhnya ANDA SANG PEROKOK adalah manusia hebat yang sangat kuat semangat kerana tetap dengan kekasih anda sang rokok meskipun percintaan anda sepatutnya telah lama dinoktahkan.Merokoklah juga di tempat awam jangan hanya di rumah kerana orang lain juga inginkan seribu hikmah merokok.


Rayuan-rayuan lain :


Pertama

4 comments:

~hAKim ZaiLAn~ said...

dramatik betul kenangan tu..huhuhu

grOundnUt said...

tengah kurang merokok...^^'

Matika Love said...

mamat pun dh join..

http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2010/12/tolanglah-kami.html

ANATI SOKI said...

adooiya.. ego seorang lelaki :)

Let's have a break!