Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Tuesday, January 18, 2011

Ikan singgang untuk Atok.

    Entry kali ini khas buat atok takde gigi.(Jangan marah ye tok.Gurau je).Kenapa untuk Atok?Sebab atok tanya macam ni semalam :  wah, mokasih banyak2....sodap tu...tapi ikan singgang tu cmno ek!Jawapannya begini tok!

   Ikan singgang adalah sejenis hidangan berkhasiat yang seimbang dan sangat lazat.Mengapa seimbang?Ini kerana biasanya aku tambahkan sayur seperti kacang bendi atau tomato dalam ikan singgang tu.Tak pun lada besar hijau dan merah.Selain memberi warna, lada tu sedap dibuat ulam.(Lada kecik boleh juga tapi aku tak tahan pedas!!!)

   Ikan paling lazat dibuat singgang ialah ikan belanak terutama sekali belanak yang fresh aka baru ditangkap.(Tapi mana nak cari kan?) Tak tahu ikan belanak?Tengok gambar kat bawah tu yang dipinjamkan khas oleh blog.joins.com.




   
Lebih kurang macam ni le ikan singgang aku tu.Gambar pinjam dari resipikitia.blogspot.com

   Cara masak ikan singgang stlye aku senang je.Ambik bawang besar, halia dan kunyit.lepas tu hiris.Lepas hiris letak dalam periuk.Tambahkan lada besar, tomato atau bendi.Perahkan air asam sikit.Kalau ada belimbing buluh pun sedap jugak.Lepastu didihkan.Dah didih masukkan ikan dan didihkan lagi.Garam ajino jangan lupa.Gula jangan taruh pulak ye.Haaa... dah pun siap tok!

    Ikan singgang Terengganu pulak aku tengok dia orang letak bawang putih.Tapi singgang dia orang pun sodap.Tak caya tanyalah orang Ganu.Lebih-lebih lagi bila cicah budu.Mak mentua lalu pun tak nampak.(Apa dia?Oooo!Memang aku orang Johor tapi budu tu sedap ooo tak kiralah asal dari mana pun kan? )

Singgang ni singgang Terengganu kot.Nantilah aku tanya srsfeqah.fotopages.com sebab gambar ni dia punya.

Inilah budu yang sedap dicicah ikan singgang tu.Tak caya tanya ateha.blogspot.com.

Ok.Atok dah faham sekarang?Lepas ni atok bolehlah mintak tolong nenek buatkan.
p.s: Atok ni orang Perlis kan?Kat sana takde singgang ke tok?

Semakan Tawaran ke SBP Tingkatan 4 tahun 2010

Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Ting 4 Tahun 2011 
   Kepada anak-anak yang masih bertanya tentang link untuk Semakan Ke Sekolah Berasrama Penuh, sila ke sini.Jangan lupa sediakan nombor kad pengenalan atau angka giliran.Tahniah kepada yang berjaya.Buat yang gagal,jangan sedih ye kerana kejayaan ada di mana-mana.Yang penting usaha kita untuk berjaya.

Usaha tangga kejayaan
( Kata kucing Cik Google)

10 sebab mengapa aku suka kartun!

    Tengok kartun?Eeiii!Macam budak-budak je!Itulah kata-kata yang biasa aku dengar bila orang dewasa macam aku sukakan kartun.Tapi tak salahkan?Aku berani kata tak salah kerana kartun juga boleh memberi manfaat kepada kita.Antara faedah menonton kartun adalah :

1.Mengajar nilai-nilai kekeluargaan dan kasih sayang.
Contohnya Upin dan Ipin ni.


2.Mengajar tentang nilai sosial dan budaya masyarakat kampung suatu waktu dulu seperti Kampung Boy atau Budak Kampung ni.


3.Menerapkan nilai muhibbah atau 1 Malaysia seperti kartun Usop Sontorian ni.


4.Menanamkan semangat juang yang tinggi seperti watak dalam Anak-anak Sidek ni.


5.Kartun Sin Chan pun sebenarnya dapat membentuk nilai tanggung jawab antara anggota keluarga.

6.Kartun Doraemon memberi kesedaran bahawa untuk berjaya kita perlu sentiasa berusaha.Tiada jalan pintas menuju kejayaan.


7.Tom and Jerry memang selalu bergaduh tetapi akhirnya mereka berbaik-baik semula.Maknanya kartun ni menggalakkan kita supaya saling memaafkan.



8.Shaun the Sheep mengajar kita untuk sentiasa berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikan apa juga masalah. Pepatah 'If there's a will, there's a way' diterapkan dalam setiap tayangannya.


9.Wonder Pets?Semua orang tahu yang ia menyuntik semangat kerjasama hinggakan taglinenya 'Apa yang penting?Kerjasama....', menjadi sangat popular.


10.Kartun ni mengingatkan kita supaya patuh pada arahan tuan kita.Contohnya si Sylvester tu walau pun nak sangat membaham si Tweety, tapi tetap patuh pada arahan tuannya supaya tak mengganggu Tweety.


Macam mana?
Betul tak?
Betul!Betul!Betul!
( Semua gambar khazanah Cik Google)

Monday, January 17, 2011

Abang teror yang teror!

Scarlett\

   Entry yang ini khas buat seseorang yang telah banyak berjasa melayan kerenah aku yang cerewet.( sikit je tau!) Aku manalah tau buat header ummphh macam blogger-blogger lain.Aku juga suka sesuatu yang lain dari yang lain.Banyak header yang bling bling, gerak-gerak, warna-warni dan macam-macam lagi.Pendek kata kata Astro Macam-macam ada!!!!!Tapi aku berkenan pulak header yang blogger istimewa ni buatkan untuk aku.Bukan tempah tau, tapi free je.

  Penerangan tentang header tu?Ok; Aku suka yang klasik.Maklumlah nama aku pun klasik.Kalau guna nama puteri tu, bila bw, berlambak-lambak blogger guna nama puteri.Hinggakan Puteri Mengawan pun ada.Jadi si gadis bergaun putih itu adalah aku, Scarlett O'Hara yang klasik ( + misteri.....  ) Aku ni simple orangnya jadi aku naik basikal jelah.Tak payahlah naik BMW ke apa.Tu yang ada basikal kat situ tu!

   Taman bunga tu pula melambangkan hatiku yang penuh taman.Maknanya aku seorang yang baik hati.Kata orang tau bukan kata aku sendiri.Imej header tu nampak macam blur je kan?Maknanya aku seorang yang misteri...( Sebenarnya pemalu.Ialah... siapalah aku dibandingkan dengan blogger-blogger  jelita yang lain).Kelopak-kelopak bunga di taman tu melambangkan 1001 kisah kehidupan yang ingin aku kongsikan bersama.

   Apa-apa pun aku ucapkan jutaan terima kasih buat insan yang memerah otak membuat header aku.Siapa lagi yang teror tu kalau bukan Abang Terror!Tak caya?Gi lah tanya dia sendiri!

Semakan Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP 2011 Online

   Kepada anak-anak yang ingin menyemak permohonan ke tingkatan 4 SBP 2011 secara online, diharap dapat bersabar kerana sehingga jam 8.00 malam 17 Januari 2011,talian belum dapat diakses.Sentiasa ikuti perkembangan terkini di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jangan marah ye!!!
( Kata kucing Cik Google)

Kacang hantu pujaan hatiku...

Alamak!!!Kenangan mengusik jiwa pulak bila melihat gambar-gambar dalam album Cik Google ni.

Head band Amy purple pulak tu!Macam foreshadow pulak yang suatu waktu nanti aku suka sangat warna purple tu.

Emak pernah koyak gambar Amy yang ni sebab mak kata : Budak bijak tak simpan gambar kacang hantu macam ni!

Gambar yang ini adalah bukti bahawa ' kacang hantu' yang aku puja-puja dulu seorang ayah yang penyayang.Buktinya dah bercucu pun sekarang!

Imej yang ni aku kurang berkenan.Aku tak suka orang botak sebab nampak macam toyol je.
(Maaf ye atuk-atuk / pakcik-pakcik /abang-abang botak!)


Emak!Emak!'Kacang hantu' yang emak benci dulu dah jadi haji sekarang.

Alahai.... macam baby pulak ye!

' Kacang hantuku ' seorang suami dan bapa mithali....
( Semua gambar ku jumpa di bilik Cik Google)

Sunday, January 16, 2011

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 4 2011

     Entry khas buat anakku Vicknesh Rao dan juga anak-anakku uang memohon ke SBP tingkatan 4 2011.Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia mulai esok 17 JANUARI 2011 HINGGA 21 JANUARI 2011.

     Sabar ye anak-anak!17 Januari tu esok.Bila dah boleh je buat semakan tu nanti, anak-anak pergilah ramai-ramai buat semakan di portal yang teacher linkkan di atas tu.Atau sabar menunggu link untuk terus buat semakan.Kalau teacher tak sempat, cari sendiri dulu kat portal tu ye sebab esok ada latihan Aqua jadi malam baru teacher ada masa nak online.Boleh kan yang? SEMOGA BERJAYA!(Sedih pulak.Ialah bila dah berjaya tentu nak tinggalkan teacher kan )

Tengok ni!Kucing teacher pun sedih!
( Kucing Cik Google punya)





Permataku yang bersinar....

      Pernah tak rasa sedih dan sayu di hati apabila mendengar alunan merdu Surah Yaasin?Selain Arwah Ustaz Asri, ada seorang lagi insan yang telah berjaya menyentuh hatiku dengan bacaan merdu Surah Yaasin.Bukan semata-mata kerana suaranya tetapi entahlah..... bacaannya tidak pernah gagal memberi keinsafan betapa aku hanya seorang insan kerdil di dunia hak Allah ini.

    Aku amat kagum kepadanya dan juga kedua ibu bapanya kerana telah berjaya mendidik seorang insan yang umpama permata di perlembahan.Amat sukar untuk mencari seseorang yang berperibadi tinggi dan berbudi luhur seperti insan yang ku maksudkan.Kalaulah aku punya anak sesoleh ini, betapa besar kesyukuran dapat ku panjatkan.Namun aku bersyukur biar pun hanya layak menjadi ibu di bilik darjah.

    Insan istimewa ini bukan saja bersuara bak buluh perindu meruntun kalbu dengan ayat-ayat suci yang dibacanya, tetapi cemerlang dalam pelajaran dan juga sukan.Bukan mudah mencari seseorang yang seimbang kejayaan dunia dan akhirat.Aku tak malu mengaku betapa aku cemburu kepada kedua ibu bapanya kerana memiliki permata yang amat berharga.Mudah-mudahan, permata yang satu ini akan terus memberikan sinar buat bangsa, agama dan juga negara.


Solehuddin Salam, permata yang bersinar.

p.s: Hanya satu yang aku miliki : Tarikh lahir yang sama.


SEGMEN : CINTA MONYET


BEN ASHAARI

      Bila ingat zaman persekolahan, teringat pulak zaman cinta monyet.Zaman aku dulu, ada juga kawan-kawan yang bercinta monyet ni tapi aku sendiri takde kot.Biasanya bertepuk sebelah tangan je sebab aku dulu ulat buku.Asyik fikir nak exam je!!!! Takdelah pengalaman cinta monyet ni.


   Oleh kerana aku ni pemalu, tapi nak join jugak segmen En.Ben ni maka aku ceritakan satu pengalaman berkenaan cinta monyet ni.Masa tu aku di tingkatan 5.Jadi banyaklah juga surat cinta yang aku terima.Salah satunya dari seseorang yang tak aku kenal.Surat tu penuh dengan bahasa indah berbunga-bunga.Aku pulak memang jenis jiwang waktu tu jadi aku pun dah mula suka walaupun aku tak tau siapa gerangan sidia.

   Suatu hari, entah macam mana aku dapat tahu si dia rupa-rupanya rakan sekelas yang memang selalu mengganggu aku.Budak kacang hantu!Tapi dek suratnya yang aduhai aku tak kisah... kacang hantu pun kacang hantulah.Tapi dek kerana emak yang garang macam singa aku terpaksa melupakan cinta monyet tu dengan meletakkan gambar kawan lelaki kakakku dalam surat kepada si dia.Kononnya itulah bakal tunangku.Dia percaya habis dan suratnya yang terakhir, habis dicarik-carik dengan jangka lukis seolah-olah hatinya penuh dengan luka.Kesian.... tapi nak buat macam mana kerana SPM lebih penting! 


Saya juga salah kata Fasha....

  " Yang engkau pergi upload gambar tu buat apa? Maruah engkau tercalar bukan disebabkan engkau kena serang di blog tapi sejak engkau berani bergambar tak senonoh tu lagi"

   Itu intro untuk entry aku kali ini yang ditujukan khas buat Shazwani Zainul, teman si Fasha Sandha.Bagi akulah yang kolot dan tak makan pakai sudu garpu ni, bila kita bergambar tak senonoh contohnya berbikini, kita sebenarnya telah mencalarkan maruah diri, keluarga, bangsa dan agama.Tak payah tunggu blogger-blogger macam aku menyerang di internet; dunia yang tak nampak.Sebenarnya dah berkilo-kilo orang kampung dan juga orang bandar berasal dari kampung yang malu nak mengaku orang kampung, mengutuk anda dan Fasha.Tapi anda tak dengar kerana suara mereka tak sampai ke telinga anda.Jika di Indonesia, dah lama orang tunggu dengan buluh runcing agaknya.'Bunuh saja mbak!' Aku petik kata-kata adik penjual ikan asal dari Aceh yang juga marah melihat gambar Fasha.

    Fasha juga tak boleh dipersalahkan bila membenarkan gambar-gambar percutian di Bali tu dimuat naik ke Facebook.Memang dia beri keizinan pada Shazwani tetapi manalah dia tahu Shazwani akan muat naik gambar-gambar kontroversi sekali.Shazwani pula tak boleh dipersalahkan kerana bila Fasha dah beri izin, tentulah dia sangka semua gambar boleh dimuat naik.(Sebenarnya Allah nak tunjukkan bangkai gajah tak boleh ditutup dengan lalang)

   Yang salah adalah emak si Fasha kerana gagal memberi fahaman yang benar tentang berbikini.Makcik tu ada beritahu dalam akhbar : Berbikini di luar negara tu biasa buat Fasha contohnya semasa di Phuket.Jadi di Bali tu tak apalah.Yang tak boleh adalah di Malaysia.Bagi aku yang sekolah agama tak tinggi ni, ajaran emak si Fasha itulah yang salah.Allah bukan hanya ada di Malaysia saja, mak Fasha oi tapi di mana-mana!Jadi berbikini tu di mana-mana pun adalah haram.(Kecuali dalam bilik dengan Jejai kalau dia dah jadi suami yang sah)

    Fasha kata,'Saya juga salah'.(rujuk sini )Baguslah tapi bukan salah sebab kes Shazwani muatnaik gambar je tau Fasha.Salah dari segi berpakaian tak senonoh juga tau.Fasha seorang pelakon berbakat dan cantik jadi sayang sangat kalau kes-kes begini menamatkan karier Fasha.Cukup-cukuplah bergaya seksi.Kalau Fasha berubah, kak Scarlett lah yang mula-mula jadi peminat no.1.Sekarang ni peminat no.seribu je.

Saturday, January 15, 2011

Tipu!Tipu!Tipu!Bukan Tipah tertipu tau!

   Hak kita sebagai pengguna akan dilindungi.Tak percaya?Sila baca petikan akhbar Kosmo 15 Januari 2011

Laman web PPIM pantau kes tipu, lindungi pengguna

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan laman webwww.muslimconsumer.org.my sebagai medium terkini dalam usaha membasmi penipuan dan mengelak pengguna daripada terus tertipu.
Menggunakan tagline Tipu Tipu Tipu, laman web tersebut mengumpul dan mendedahkan jenis-jenis penipuan yang sering terjadi ke atas pengguna.
Menurut Setiausaha PPIM, Datuk Nadzim Johan, pengguna boleh menggunakan pengisian laman web tersebut sebagai medium untuk menyemak jenis-jenis penipuan.
"Kami menyenaraikan pelbagai jenis penipuan yang sering terjadi kepada pengguna seperti penipuan melibatkan koperasi, MLM, bank, gores dan menang serta penggunaan nama kerabat serta VIP," katanya ketika merasmikan laman web tersebut di sini semalam.
Ujar Nadzim, penipuan boleh berlaku dalam banyak cara dan membabitkan pelbagai golongan termasuk golongan ternama.
Justeru, dengan laman web ini, pengguna boleh melihat modus operandi asas setiap cara penipuan bagi mengelak daripada tertipu.
Di samping itu, laman web ini juga menyediakan ruang bagi pengguna memaklumkan penipuan yang berlaku di sekeliling mereka untuk diberi perhatian oleh PPIM.
Bagi tujuan tersebut, pengguna boleh melayari laman forumsemak.blogspot.com untuk berinteraksi dan memberi maklumat penipuan.
Nadzim menambah, jenis kes penipuan tertinggi yang dilaporkan adalah melibatkan koperasi dan bank.
"Setiap bulan, purata aduan yang diterima PPIM boleh mencapai 30 bagi kes berskala besar dan 100 bagi kes berskala kecil," katanya.
  Mudah-mudahan hak sebagai pengguna akan sentiasa dilindungi.

Betul-betul gila!!!!!

   What?Gila ke apa? Macam dah tak ada orang Malaysia!Dahlah pergi pasar jumpa orang dia.Pergi kedai runcit jumpa orang dia.Sakit badan nak mengurut jumpa orang dia.Tukang sapu pun orang dia.Bibik?Apatah lagi memang sah-sah orang dia.Ini nak ambik orang dia lagi?Betul-betul gila!

   Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana cara orang bijak pandai  tu berfikir kalau betul-betul dia yang dipilih.Bukan jadi cikgu cabuk tapi pengetua tu!Tinggi kedudukannya tu.Betul-betul aku hangin.Kalau betullah berita yang ku baca hari ini, silap-silap hari bulan aku potong terus ASTRO kat rumah tanda aku membantah.Betul-betul tak sayangkan negara kerana orang dia dah buat macam-macam pada kita tapi orang dia jugak yang nak disanjung nak dijunjung.Macamlah takde lagi orang bijak pandai di Malaysia ni!

   Kenapa aku marah?Siapa tak marah kalau baca berita di bawah tu! Kalau nak tahu lebih jelas, silalah baca petikan myMetro . Dah baca?Tu yang buat aku hangin tu! Ada ke Ahmad tu?Siapa dia tu?Muka pun sombong semacam je.Daripada Ahmad Dhani lebih baiklah pilih Amy Search jadi pengetua AF9.( Gambar Cik Google punya.Pinjam sekejap) Gambar Ahmad Dhani?Minta maaf.Dia pun tak kenal aku maknanya tak payahlah aku kenalkan dia. Ingat ye ASTRO!Kalau betul si Ahmad tu yang kau pilih, memang kau orang tak sayangkan Malaysia.Ramli Sarip lain kerana orang Singapura tak pernah membakar bendera kita.Ingat tu!


     

Ana Nur Hidayah Puteri Lindungan Bulan

Ana Raffali ikon Jabatan Muzium

ANA RAFFALI terus kekal dengan imej sopan.


KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25), Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM).
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihak pengurusan Ana Raffali telah pun secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program-program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi memperjelaskan laporan semalam yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara.
Berita selanjutnya sila baca di Kosmo hari ini.
   Baca!baca!Jangan tak baca!Kepada sesiapa yang kononnya tak suka jangan pulak dengki pada Ana tau!Bukan saja bersuara merdu bak buluh perindu, wajahnya pulak seperti Puteri Lindungan Bulan.Tambah lagi bonus sentiasa berpakaian sopan lambang gadis Melayu.....dan yang paling aku suka Ana juga graduan TESL ( Teaching English as a Second Language sama macam aku.) tahniah Ana Nur Hidayah Mohd Rafali.


Salah aku sendiri...

    Hajat hati nak peluk gunung tapi sayang tangan tak sampai....Itulah perumpamaan sesuai buat aku setakat jam 11 pagi ini.Plan semalam nak mengemas rumah hingga sebutir debu pun tiada tapi apakan daya aku tewas lagi.Bukan salah orang lain tapi salah diriku sendiri kerana tak begitu bijak mengatur masa.(Bijak sebenarnya tetapi aku gagal mematuhi peraturan yang aku buat sendiri)

   Terjaga dari tidur jam 5 pagi.Kononnya aku akan terus mengemas tapi aku tewas pada tarikan mimpi.Maknanya lepas subuh aku tidur lagi hinggalah jam 7 pagi.Aku hanya sempat menymbat pakaian dalam Cik LG untuk dicuci.Jaga dari tidur kononnya akan terus bersilat membuat kerja tapi aku tewas juga.Kali ini tewas dek Magika di 952.Tamat Magika aku terpikat pula dengan Susuk Pocong di 953.Aduh mak!Rosak program aku.Lepas tu aku kena pula bw.Takkan nak tunggu petang!

   Sambil-sambil bw, aku sempat juga memeriksa 3,4 buah buku anak muridku.Cik Tikus Pink aku pulak pagi-pagi buat hal merajuk tak nak kerja.Sempat jugak aku singgah rumah kawan-kawan tapi hangin satu badan kerana asyik disconnect je memanjang......Aku terminate baru tau!Terpaksalah aku buat entry ni untuk sabarkan hati.Jap lagi aku off nak sambung kerja dapur pulak; nak mengemas nak memasak.Pon!Pon!Alamak!Apek suratkhabar pulak kacau.(Aku yang berlanggan jadi tak bolehlah marah Apek yang baik hati tu).Mesti baca surat khabar dulu ni.2 suratkhabar kurang-kurang ambik masa 2 jam....Ala....tak kisahlah...Buat apa aku nak pening-pening kepala...hari ni kan hari cuti.Rilekslah kan?Stress sangat kang darah tinggi pulak aku.

   Oklah.Aku nak baca surat khabar dulu.Dah ketagih dah ni.Petang nanti aku bw lagi ye.Ada kerja aku mesti selesaikan dengan Abang Teror.Nak join En Ben dan buat entry dengan Kak pah pun belum sempat lagi ni.

Sibuknya aku!!!!!
( gambar Cik Google)

p.s: Agaknya macam mana lah sibuknya menjadi seorang Perdana Menteri ye?

Friday, January 14, 2011

Aku bukan singa...

    Aku sedih.Sedih sangat-sangat.Tapi semuanya untuk kebaikan mereka.Aku tak mahu mereka terus khayal dengan sikap malas atau menangguhkan kerja.Aku tak suka marah-marah tetapi setelah dua tahun aku mengajar kelas yang sama, masih ada lagi yang mengulang kesalahan yang selalu aku ingatkan.Aku sedih.Aku risau.Aku sedih kerana aku terpaksa marah-marah.Aku risau kerana tahun ini mereka akan mengambil PMR.Jika sikap mereka masih sama, aku bimbang sangat-sangat impian mereka, ibu bapa, sekolah dan juga aku sebagai guru, untuk mendapat A dalam subjek yang ku ajar akan gagal sedangkan kesemua mereka berpotensi untuk memilikinya.

   Aku sedar aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat mereka.Namun aku sedar, ibu bapa mereka juga meletakkan harapan yang tinggi.Jadi, aku tak punya pilihan lain kecuali menjadi singa seketika.Namun Allah saja yang tahu betapa sedihnya dalam hatiku.Mungkin agak keterlaluan kerana hingga saat ini aku masih lagi sedih meskipun aku menjadi singa lebih 24 jam yang lalu.Detik ini hatiku masih menangis, sedih dan bimbang.

   Apapun aku bersyukur kerana berubahnya aku menjadi singa, tugas yang ku beri dapat disiapkan segera.Aku percaya, sikap menangguhkan kerja adalah antara penyumbang gagalnya mereka menyiapkan tugasan yang diberi.Mudah-mudahan mereka akan terus berubah dan menjadi pelajar cemerlang PMR nanti.Biarlah aku menjadi guru yang kurang popular asalkan mereka semua berjaya.

Mudah-mudahan air mata yang mengalir setelah keputusan PMR diumumkan hujung tahun nanti adalah airmata gembira

Thursday, January 13, 2011

Jawapan mengapa aku tak blogwalking semalam.

     Semalam langsung aku tak blogwalking.Cuma singgah pos satu entry yang bermadah pujangga tu.Kebetulan pulak sesuai untuk segmen En.Ben aku pun ubah suai sikit-sikit dan jadilah segmen Ben Ashaari.Tapi aku lupa betul untuk link kan macam biasa.Tak kisah kan En.Ben lagi pun untuk suka-suka je kan?

   Walau pun semalam aku langsung tak bw, tapi ada juga kawan-kawan yang perasan.Terima kasih daun keladilah ye.Lain kali jemput tanya dan datang lagi dan lagi.Tak sangka ada juga kawan yang ingat aku yang tak punya harta dan rupa ni.Terharu pulak rasanya.  ^_^

   Untuk menjawab soalan mengapa semalam aku tak bw, dengan ringkasnya aku nyatakan aku betul-betul sibuk + penat melampau. Apa taknya....bangun jam 5 pagi.Lepas subuh terus ke sekolah.Punch in lebih kurang 6.35.Pukul 7 mula assembly diikuti dengan kelas hinggalah jam 1.05.Rehat sekejap kemudian 3.30 petang latihan sukan di padang hinggalah 5.30 petang.Balik rumah terus masak untuk dinner, mandi dan lepas maghrib aku dah zzzz...Macam sayur lembik.Pukul 11 malam aku bangun buat lesson plan dan check buku students.Lepas tu iron baju.Sambil-sambil tu aku menonton Magika di 952.Best citer tu.Hajat hati nak tengok hingga pukul 1 tapi apakan daya mata tak dapat ku buka...Akhirnya Magika yang tengok aku.Mimpi pun tak sempat sebab letih sangat.Kalau mimpi jumpa Amy Search hilang jugak letih aku.Amy Search pun sibuk juga agaknya.

   Pagi tadi rutin yang sama berulang dan selepas aku pos entry ni aku terpaksa zzzzzz.Pukul 12 aku bangun buat lesson plan dan iron baju.Lepas tu tidur balik dan secara automatik pukul 5 mataku dah tak boleh ku paksa untuk lena.Begitulah seterusnya hingga cuti menjelma..........Begitulah kisah aku; jawapan panjang lebar mengapa aku tak blogwalking semalam.

   Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih buat teman-teman yang sentiasa menyokong.

Kesian aku kan?

Sekejap lagi lenalah aku tidur....


Good night semua dan jumpa lagi esok!
Esok hari Jumaat bolehlah aku jadi burung hantu melawat ke rumah korang!
( Gambar aku ambil dari album Cik Google)

Wednesday, January 12, 2011

SEGMEN : MADAH PUJANGGA

   SEGMEN : MADAH PUJANGGA

BEN ASHAARI

   Ayuhai hati!!Janganlah kau bermuram durja.Masih ada esok buatmu untuk bertemu teman-teman.Andai saat ini masa sentiasa mengejarmu, kau tunggulah pabila masa mula alpa.Maka rebutlah akan peluang yang menjengah.Kata orang, hidup seperti roda.Sebentar kau di atas, sebentar kau di bawah.Maka anggaplah saat ini kau sedang diuji.Bangkitlah kembali dengan semangat yang tinggi.

   Jangan kau hiraukan keriuhan di taman teman-teman.Kau dan mereka tak sama.Tanamkan tekad dalam hati mudah-mudahan suatu waktu nanti tamanmu juga akan meriah dengan kerlip cahaya lampu dan sinar indah rembulan tanpa perlu kau gamit teman-temanmu datang.Jangan kau cemburui Pendekar Kuda dengan kudanya, atau Kak Pah Nor dengan Kpohnya juga Kakanda Ben dengan madah pujangganya kerana kau juga punya taman yang indah meski pun ia selalu sunyi jika tidak kau kunjungi.

   Maka, tenang dan damailah kau selalu wahai hati.Sesungguhnya tamanmu takkan pernah sunyi suatu waktu nanti.Percayalah ......

image
Sesungguhnya...... Adalah aku taman itu....

Cinta tak selalunya indah....




Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku





Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan




( Semua gambar milik Cik Google )